Feeds

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 30, 2011

Friday, January 28, 2011

Rindu Memaksa Ku Menyayangimu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

by
Francessca Peter









Wednesday, January 26, 2011

Aku, missy dan sesuatu..

Salamz semua..

Mulai saat dan ketika ini..saya, Missy Emma xmo bahasakan diri sebagai 'aku' lagi ye (dalam blog jer..ahaks). Nampak cam kasaq plak. Tapi xtau nak bahasakan diri ape yer?kalo 'org' bole?nampak terlebih manja laks sebab org xmanja tau..hikhikhik..ermmm..okla da dapat. Mulai hari ini saya akan bahasakan diri sebagai missy..yippie..





Tuesday, January 25, 2011

Missy, Puspanita dan Vantage

Selasa, 25.01.2011

Bukan hari ni hari bekerja ke?Jawapannya ya, hari ini hari bekerja. Tapi ada missy kisah?Sebabnya, missy ada lawatan ke Vantage Showroom kat PJ nun. So, tak payahla buat kerja. (jangan jeles ye..hikhikhik)

Seramai 40 orang ahli puspanita yang berpeluang ke kilang Vantage untuk membuat lawatan sambil belajar?Rasanya diusia sebegini tak sesuai kot. Kalau lawatan sambil shopping baru ok. Apa-apa pun layankan je la gambar kat bawah ni.

Sangat unik dan kagum sungguh missy dengan teko dan cawan besar tatkala pertama kali melangkah kedalam pintu pagar kilang vantage. Kreatif!

Ada kakak buat penerangan serba sedikit tentang pembuatan pinggan Vantage. Rupenye diorang buat secara manual. Bermula dari awal proses sampai siap. Patut mahal.Fuhh!

Oven pembakar pinggan mangkuk dan suhu yang digunakan >800 darjah celcious (xreti eja)..panas xpanas?huh!

Dan..inilah hasilnya. Cantik x?mestilah cantik sebab tu harga pun cantekkk!



Diorang pun ada jual meja makan dan sofa Vantage. Tapi awas! Jangan tunjuk berani nak tanya pasal harga meja makan diatas jika anda tidak mahu diserang angin ahmar.Huh!




Missy sempat sambar periuk Vantage sebab kakak tadi cakap masakan rasa lagi sedap kalau pakai periuk tanah liat ni. Mungkin kalau masak nasi putih rasa nasi beriani kot. Ajaib btul!





Akma n Fiqa sempat posing untuk kenang-kenangan.




Missy pun nak pose gaks bole?Ada macam pengacara Wanita Hari Ini x?ngehngeh..
Sekian sahaja sesi lawatan missy ke kilang Vantage..daa..



Friday, January 21, 2011

..mood untuk hari ini..




p/s:..mood hari ini tersangat bahagia dan terasa ingin menari..yiiiihaaaa..

katakan TIDAKK....



p/s: jangan lakukan aksi ini di khalayak ramai..kelak bertelur dahi anda..ngehngehngeh

Thursday, January 20, 2011

waiting for..........................you

p/s: sedihnya tgk gambo ni..huhu..sebenarnya sedih tengok hanjing tuh..xpasal2 jadi rangka gaks..huhuhuhu..sedey...sedey..

Wednesday, January 19, 2011

alamak..bz nyer..sampai tak sempat nak update blog..huhuhu

p/s:..saje jer nk 'interframe'..tp memang bz pun..ngehngehngeh

Friday, January 14, 2011

TAKNAK!!!!

Taknak 'approve' kau kat facebook..huhuhuhu
Tunggula sampai bila-bila pun..huarrrghahahahaha (gelak yang jahat sgt2)

Thursday, January 13, 2011

Pandaila dia buat lawak..

Di dalam sebuah pejabat yang penuh dengan kesibukan (ker buat-buat sibuk)..

Tokk..tokk..tokk..

Bos : Masuk..

Aku : Bos..mintak sign..surat pengesahan..

Bos : Okay..sekejap..

..Kau membuat, ku berantakan..
..Kau membuat, ku tak karuan..

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit bosku berbunyi dengan nada dering dari nyanyian kumpulan D'massive bertajuk 'cinta ini membunuhku'. Tanpa berlengah, dia mengambil telefon tersebut dan terus sahaja menekup telefon tersebut di telinganya.

Bos : Helo..helo..helo........ish..nak telefon tapi taknak cakap (bebel bosku kerana tiada jawapan yang diterima)

..Kau membuat, ku tak berdaya..
..Kau menolak ku, acuhkan diri ku..

"aik..apsal ade lagu lagi?" bisikku didalam hati dengan 1001 persoalan yang aku yakin kalau aku ada PHD pun masih tidak dapat jawab persoalan tersebut.

"ish..nak bagitau ke tak ni?kang malu plak" bisik hati kecilku lagi.

Aku : Bos..bos blom tekan button hijau lagi tuh..(kataku sambil menekan-nekan perutku yang hampir terburai menahan gelak)

Bos : Handphone saya memang design mcm tuh..jawab tak payah tekan pun bole..(jawabnya dengan tenang sambil cuba men'trade-in' kan handphonenya dengan buah mempelam pasar tani)

Dia....Noh Hujan?

Di suatu petang yang hening di taman permainan depan blok D2, flat hijau, presint 9.

Aku : Sal..sal..tengok tu..macam kenal tak?[kataku kepada sal (bukan nama sebenar) yang sedang asyik memamah aiskrim mat kool yang baru dibelinya tadi]

Sal : Sape?(sahut sal sambil menggaru kepalanya yang tidak botak kerana sal masih mempunyai rambut walaupun tidak menawan seperti nora danish)

Aku : Tu la..Noh Hujan dgn Mizz Nina.(kataku sambil memuncungkan bibir kearah dua kelibat yang sedang menuju ke tangga rumah flat tersebut)

Sal : Ko ni buta huruf ker? takkanlah Noh Hujan gemuk pendek camtu..pastu mizz nina kan cun..yang tu mcm wan maimunah ade la..kehkehkeh(jawab sal sambil mengguling-gulingkan badannya diatas rumput kerana tidak dapat menerima kenyataan yang telah ku keluarkan sebentar tadi)

Tentang Dia

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Bro..
Lagu ni mmg utk kau..tapi itu dulu, bro..4 tahun yang lepas..sekarang ni kau bkn siapa-siapa atau apa-apa..

Bro..
Aku nak tanya..dlm mase 4tahun ni ade tak aku ganggu hidup kau?Aku biarkan kau cari bahagia sendiri..so, izinkan aku bahagia..

Bro..
Satu je yang aku minta..jangan muncul depan aku lagi..

Wednesday, January 12, 2011

Lagu Untuk Dia

sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuatku menyintaimu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindui ku
sebagaimana ku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
manyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang...

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama denganmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kini ku kan menyinta dirimu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
manyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang...

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

mungkin ku harap jua
sebagaimana ku rindumu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
manyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang...

hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang..

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
manyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang...

p/s: tiba-tiba minggu ni aku ter'layan' plak lagu nih…adeii..

Wednesday, January 5, 2011

Dia.......Dato' Bahaman

Di suatu pagi yang dingin dan sedang aku asyik mendengar mp3 di hp ku yang sederhana canggih di dalam opis yang 5S..

First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side
But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to carry on
and so you're back
from outer space
I just walked in to find you here
with that sad look upon your face
I should have changed my stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
you'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble
you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive

All my life and the hereafter
I've never seen, seen someone like you
You're a knife, sharp and deadly

erkk..apsal lain sangat aku dengar lagu ni?..owh rupanya ada panggilan masuk. Aku segera menjawab panggilan tersebut. Rupa-rupanya kak Nini (bukan nama sebenar) yang telefon.

Aku : Hello..asssalammualaikum..
Nini : Wa'alaikumsalam..ko tgh kejeke?
Aku : eh..tak lah..tgh mendodoi anak ni..tgh keje la..aku tgh berkhidmat untuk negara ni
Nini : takde..akak nak tanya pasal Dato' Bahaman..ko tau tak?
Aku : erk..Dato' Bahaman?..mcm pernah dengar........ermmm....tu la..dulu org suruh sekolah taknak...sebenarnya..aku pun tak tahu..ngee
Nini : ade org tanya ni..kubur dia katne?
Aku : yela..jap lagi aku google..

Tanpa membuang masa dan tenaga aku yang tak seberapa bertenaga kerana sedari pagi tidak menjamah makanan kerana berpuasa ganti, aku mengangkat jejariku yang runcing dengan sisa kekuatan yang tinggal dan terus mengetik butang papan kekunci dihadapanku. Segera tertera di skrin komputer dihadapanku perkataan 'Dato' Bahaman' dan setelah butang enter ditekan, terdapat lebih dari 100 laman sesawang yang harus aku terokai untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Oleh yang demikian, dengan berbesar hati sekali, aku ingin meminta jasa baik korang yang dah bersusah-payah membaca blog aku untuk bersusah-payah sekali lagi membantu aku mencari maklumat tentang tempat bersemadinya Dato' Bahaman....please..please.......

Tuesday, January 4, 2011

Bukan Dia kah Itu??????

Pada hari sabtu yang lepas, aku dan lenny (bukan nama sebenar) telah pergi ke zoo negara yang teletak di ibu negara dengan menaiki bas dan bukannya basikal. Kalau aku menaiki basikal sudah tentunya krismas tahun depan baru sampai kerana aku tidak arti untuk kesana dan jika zoo tersebut terletak di ibu Azmi tak perlulah aku bersusah payah untuk menaiki bas kerana rumah Azmi hanya terletak disebelah rumahku sahaja. Tujuan kami kesana adalah untuk menangkap gambar-gambar haiwan ciptaan-Nya yang sangat indah.

Setelah hampir penuh memori kad kamera digital milik Lenny, barulah aku tersedar bahawa tekakku tidak diisi dengan setitis air pun sedari pagi tadi. Lenny juga begitu kerana jika Lenny telah membasahi tekaknya, pasti dia mengambil air minuman dari dalam kandang harimau yang kami telah ambil gambar tadi. Tapi itu sangat mustahil kerana Lenny masih berdiri didepanku. Jika tidak, pasti yang berdiri didepanku ini bukan Lenny tapi hantu LEnny. EEEEeeeee seram bulu tengkuk aku. Kami pun berjalan untuk mencari seteguk air. Baru beberapa langkah kakiku melangkah, aku ternampak kelibat 'opismate' aku.

Aku : Lenny..aku rasa aku nampak opismate aku la..
Lenny : Mana?
Aku : Tu..(sambil menuding jariku kearah satu kelibat yang memang aku kenal)
Lenny : Pergila tegur..
Aku : Jap eh..ko tunggu sini..

Tanpa membuang masa kerana dalam lagu kumpulan nasyid Raihan ada mengatakan 'demi masa sesungguhnya manusia kerugian'. Oleh kerana aku tidak mahu tergolong dalam manusia yang kerugian, aku terus melangkah ke arah kelibat tersebut dan segera menepuk bahu kelibat itu walaupun tiada nyamuk untuk ditepuk dibahunya.

Aku : Wei syamiq..ko sorang je ker??
Syamiq : uukkk...ukkk...uukkk..
Aku : Ko ckp ape aku xpahamla..bini ko mana?
Syamiq : uuukk...uuukkk...ukkk
Aku : ish..ko nih..sejak bile jadi bisu nih?xpahamla aku..

keletukkkk!!!!!!!!!!!Seperti ada tukul besi entah dari mana telah hinggap di kepalaku. Sakitnya bukan kepalang. Segera aku menoleh kebelakang dan aku dapati rupanya Lenny yang baru sahaja mengetuk kepalaku tanpa belas kasihan dengan menggunakan kamera digitalnya.

Aku : adehhh!!!..sakitla woi!..ko ketuk kepala aku kenapa?
Lenny : yang ko bercakap dengan orang utan tu apsal?..kurang kerja ke..
Aku : inila opsmate aku..kenalkan syamiq..

Keletuukkk!!!!!lagi sekali kepalaku telah menjadi mangsa keganasan Lenny.

Lenny : itu orang utanla mangkuk!

"Bukan diakah itu????Tapi kenapa rupanya saling tak tumpah seperti syamiq (bukan nama sebenar)..." bisikku didalam hati..

Dia Yang ku Panggil Beruk

Dia : Awak nak tau tak..semalam ader orang cakap saya saling tak tumpah mcm penyanyi barat..ngehngeh (katanya tersengih sambil mengembang dan mengempiskan lobang idung beliau)

Aku : Owh..yeker?..penyanyi barat yang mane satu? (kataku sambil menahan cecair yang berlumba-lumba ingin kuar dr tekakku)

Dia : Puff Diddy..

Aku : ...owh man..i'll be missing u..(kataku sambil menikam2 jantungku dengan buah mempelam makcik Timah)..