Feeds

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 4, 2011

Bukan Dia kah Itu??????

Pada hari sabtu yang lepas, aku dan lenny (bukan nama sebenar) telah pergi ke zoo negara yang teletak di ibu negara dengan menaiki bas dan bukannya basikal. Kalau aku menaiki basikal sudah tentunya krismas tahun depan baru sampai kerana aku tidak arti untuk kesana dan jika zoo tersebut terletak di ibu Azmi tak perlulah aku bersusah payah untuk menaiki bas kerana rumah Azmi hanya terletak disebelah rumahku sahaja. Tujuan kami kesana adalah untuk menangkap gambar-gambar haiwan ciptaan-Nya yang sangat indah.

Setelah hampir penuh memori kad kamera digital milik Lenny, barulah aku tersedar bahawa tekakku tidak diisi dengan setitis air pun sedari pagi tadi. Lenny juga begitu kerana jika Lenny telah membasahi tekaknya, pasti dia mengambil air minuman dari dalam kandang harimau yang kami telah ambil gambar tadi. Tapi itu sangat mustahil kerana Lenny masih berdiri didepanku. Jika tidak, pasti yang berdiri didepanku ini bukan Lenny tapi hantu LEnny. EEEEeeeee seram bulu tengkuk aku. Kami pun berjalan untuk mencari seteguk air. Baru beberapa langkah kakiku melangkah, aku ternampak kelibat 'opismate' aku.

Aku : Lenny..aku rasa aku nampak opismate aku la..
Lenny : Mana?
Aku : Tu..(sambil menuding jariku kearah satu kelibat yang memang aku kenal)
Lenny : Pergila tegur..
Aku : Jap eh..ko tunggu sini..

Tanpa membuang masa kerana dalam lagu kumpulan nasyid Raihan ada mengatakan 'demi masa sesungguhnya manusia kerugian'. Oleh kerana aku tidak mahu tergolong dalam manusia yang kerugian, aku terus melangkah ke arah kelibat tersebut dan segera menepuk bahu kelibat itu walaupun tiada nyamuk untuk ditepuk dibahunya.

Aku : Wei syamiq..ko sorang je ker??
Syamiq : uukkk...ukkk...uukkk..
Aku : Ko ckp ape aku xpahamla..bini ko mana?
Syamiq : uuukk...uuukkk...ukkk
Aku : ish..ko nih..sejak bile jadi bisu nih?xpahamla aku..

keletukkkk!!!!!!!!!!!Seperti ada tukul besi entah dari mana telah hinggap di kepalaku. Sakitnya bukan kepalang. Segera aku menoleh kebelakang dan aku dapati rupanya Lenny yang baru sahaja mengetuk kepalaku tanpa belas kasihan dengan menggunakan kamera digitalnya.

Aku : adehhh!!!..sakitla woi!..ko ketuk kepala aku kenapa?
Lenny : yang ko bercakap dengan orang utan tu apsal?..kurang kerja ke..
Aku : inila opsmate aku..kenalkan syamiq..

Keletuukkk!!!!!lagi sekali kepalaku telah menjadi mangsa keganasan Lenny.

Lenny : itu orang utanla mangkuk!

"Bukan diakah itu????Tapi kenapa rupanya saling tak tumpah seperti syamiq (bukan nama sebenar)..." bisikku didalam hati..

2 comments:

noni said...

beruk ke..kasihannya kamu

MissyEmma said...

bkn beruk..org utan la kakak..kehkehkeh